Tuesday, 4 June 2013

Tiada Tangis Lagi

Serangkap lagu nyanyian Ella, agak mirip dengan perasaan aku yang bergelora...

Agak susah rupanya untuk aku meluahkan kepahitan yang ditanggung...

kupikirkan aku mampu untuk meluahkan segalanya di blog ini, rupanya sangkaan aku silap.. Mungkin belum masanya... 

'Ku kenang masa nan lalu
Terasa pilu
Kemana harus ku mengadu'


Monday, 3 June 2013

Sampai Bila

Masih terngiang...
Masih terbayang...
Masih terkenang..
Tapi sampai bila?

Kaki kanan ku angkat perlahan-lahan lalu ku hayun kehadapan...
Tetapi kaki kiri masih berat untuk mengikut jejak si kanan...
Sekali lagi ku tanya...
SAMPAI BILA??

Perpisahan diantara aku dan mereka...

Hati aku sayu lagi..
Rupanya ia memberi impak yang besar kepada diri ini ... Betapa sakit perasaan ini tak mampu aku gambarkan dan aku yakin, mereka juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku... 20 bulan kami bersama, mengharungi kepahitan dan kemanisan menghadapi hari- hari yang membosankan di dalam kelas, pun begitu ianya tetap mengembirakan aku selama bersama mereka. Menghadapi hari-hari peperiksaan dan pembentangan yang sangat mengecutkan.. dan akhirnya telah tiba ke penamatnya sebuah cerita..

Aku memang sangat terkesan dengan perpisahan ini, mungkin mereka juga.. cuma mungkin ada sedikit perbezaan diantara kami.. kerana matlamat kami tidak sama dan percaturan hidup kami juga pastinya berbeza..

Kenapa sayu sangat hati nie??