Saturday 9 June 2012

Sabtu dan Ketakutan

Jam lagi 10 minit ke angka 6 petang, sekejap jer dah nak malam.. Rasa macam kejap jer hari sabtu aku kali nie dan hari nie merupakan sabtu kedua aku tak perlu ke 'sekolah' hehehehe.. Aku tengah cuti cuti sem nie.. Ehh apa?? Dah minggu kedua?? Maksudnya dah abes cuti? Apaaa??? Sabtu depan dah start kelas?? Alaa.. Cepatnya, rasa macam tak cuti pun..

Kalau dah sabtu depan kena start kelas , maksudnya isnin nie dah start kena bayar yuran la kan?? Aisshhh terus perut aku rasa kecut.. Kalau dah kena bayar yuran itu tandanya result aku nak keluar dah... TakOoottt giler seyyy...

Apa yang takut sangat, bukan tak biasa dapat result kan... hisshhh.. Biarlah dah beribu kali dapat result pun, setiap kali bila result nak keluar, setiap kali tu lah perut aku rasa kecut... Tapi yang peliknya, part yang boncit nie tak kecut-kecut pulak :(..

Apa yang aku takut sangat??
Takutlah, sebab aku langsung tak boleh jawab exam last semester..

Takut lagi sebab bila dah tak boleh jawab exam maksudnya sure la pointer aku akan jatuh menjunam, silap- silap jatuh tersungkur..

Bukan tu jer, takutlah kalau- kalau kena repeat paper..
Dan yang PALING takut kalau aku tak boleh teruskan pengajian... Nie part takut paling luar biasa uuwwaaarrGgghhhh...

Kepada korang yang singgah blog dan membaca entry aku kali nie, doakan aku mendapat kejayaan dengan cemerlangnya yea.. Dah belajar penat-penat tapi tak dapat cemerlang surelah rasa tak best kan.. Tapi kalau dah ditakdirkan tAk mendapat cemerlang yang aku nak tu, Takpelah... Aku Redha, Allah tau apa yang baik untuk aku... Dan itu secara langsungnya memberi maksud yang Usaha aku tak cukup kuat lagi tu, kena kuat sikit lagi..

So, sekarang dah kena siapkan mental dan fizikal aku untuk menempuh semester seterusnya itupun kalau berjaya naik semester la... Issshhh takut lagi kalau tak dapat naik sem.. Ermm tak nak pikir pasal tulah, aku kena yakin yang aku mampu meneruskan pengajian, kena bersedia untuk menghadapi cabaran dan kesukaran seterusnya.. Kali nie apa pulak cerita aku dan dunia MBA aku.. Ermmm...

Okey guys, jaga diri jaga kesihatan dan yang paling penting silalah sayangi diri korang...

See you when i see you
Assalamualaikum
-Eynahmad-

Jatuh Berkali-Kali dengan si Huntsman - Snow White and the Huntsman

Aku pasti, korang-korang yang sedang membaca entry aku kali nie pastinya peminat filem kan, okey...filem seterusnya nie memang sangat menarik untuk dikongsi dengan korang semua. Kenapa aku kata menarik? sebab dua kali aku pergi tonton filem nie di pawagam. Pertama kali ialah pada hari yang sama sewaktu aku menonton filem Hoore Hoore dan What to Expect When You're Expecting, korang yang dah terlepas untuk membaca entry serta komen aku tentang kedua-dua filem nie, korang boleh singgah ke Entry : HOORE! HOORE! yang sangat best. dan ke Entry : WHAT TO EXPECT WHEN YOU'RE EXPECTING .
Apa pulak kisah untuk filem nie?
Kisahnya bermula apabila seorang permaisuri kejam yang bernama Ravenna lakonan Charlize Theron telah membunuh suaminya yang merupakan putera raja pada ketika itu dan menyebabkan keadaan sebuah kerajaan menjadi kacau bilau dan huru hara disebabkan oleh hati beliau yang sangat busuk.
Tidak ada sesiapa pun yang berani melawan perintah Ravenna. Kematian pastimenanti mereka yang berani menghalang kehendak Ravenna yang memiliki kekuatan jahat. Malangnya takdir telah menentukan bahawa seorang gadis bakal menumbangkan kuasa syaitan Ravenna itu.

'Mirror - mirror on the wall' yang selama ini menjadi penasihat Ravenna akhirnya telah membuat hati Ravenna yang selama ini sangat angkuh menjadi kecut apabila cermin ajaib tersebut telah mengatakan bahawa Snow White, anak kepada suaminya merupakan ancaman kepadanya. Snow White bukan sahaja lebih cantik darinya malah boleh juga menewaskan kuasa Ravenna yang selama ini telah menelan beribu-biru nyawa manusia untuk kepentingan dirinya.

Apa yang perlu Ravenna lakukan untuk mengekalkan kuasanya itu?
Apa yang Ravenna harus lakukan untuk hidup kekal abadi?

Siapa pulak Huntsman yang membuatkan aku jatuh berkali-kali? Lupa pulak nak cerita kat korang hehehe, acik mintak sorry la yea..okey..okey.. Huntsman lakonan Chris Hemsworth merupakan seorang duda yang kematian isteri akibat dibunuh oleh adik Ravenna yang juga berhati syaitan seperti kakaknya serta kaki arak yang tiada arah tuju di dalam hidupnya.

Setelah diperintahkan oleh Ravenna untuk mencari Snow White lakonan KristenStewart, hah masa nie lah baru nampak betapa machonya dia. Memang tidak dinafikan bahawa dia sangat ohsem dan gagah dalam filem ini yea, ehh sebenarnya aku dah minat dia daripada filem The Avenger lagi, kalau korang perasan dia nie melakonkan watak Thor susah sangat nak ingat korang tengok jerlah kat gambar yang aku dah tempek kat bawah nie, sila tenung yang belah kiri sekali.




Gambar kat bawah nie pulak untuk filem Snow White and The Huntsman.


Macho kan?? hehehe... Kepada penggemar-penggemar filem, pasti korang dah perasan yang Snow White juga merupakan Bella di dalam filem Twilight. Lakonan si Kristen dalam filem ini juga tidak kurang hebatnya.

Untuk pengetahuan korang, yang mana nak tau la.. Aku memang sangat meminati dengan lakonan mereka bertiga nie (Charliza Theron, Chris Hemsworth dan Kristen Stewart). Filem yang buat aku tabik spring dengan lakonan Charlize Theron ialah filem Monster, kalau tak salah aku dia menang banyak award untuk filem Monster nie, kepada sesiapa yang tak pernah menonton filem Monster nie aku sarankan korang pergilah cari CD atau DVD untuk menonton kehebatan lakonan si Charlize nie apa yang best lagi sebab filem nie based on true story. Gambar kat bawah nie adalah gambar Charlize Theron di dalam filem Monster.





Nampak tak bertapa berbezanya dia untuk kedua-dua filem nie.. so, korang memang kena cari jugak filem nie.

Untuk aku, filem ini sangat menarik, jalan cerita yang tidak memboringkan serta aku dapat ikut tanpa ketinggalan dengan penggembaraan Snow White dari satu tempat ke satu tempat. Background dan Costume yang mereka gunakan juga sesuai dengan jalan cerita. Lakonan mantap daripada para pelakon tidak boleh disangkalkan lagi. Dari skala 1-10 aku beri 8 setengah.

Setakat nie, Filem Snow White and The Huntsman merupakan filem terakhir aku (setakat inilah), Kalau ada lagi filem yang menarik minat aku ke panggung, nanti aku akan share dengan korang yea...

Okeylah guys, jaga diri jaga kesihatan dan yang paling penting silalah sayangi diri korang.

See you when i see you

Assalamualaikum

-Eynahmad-

MyBrain15 - Terima Kasih KPT


Penantian satu penyeksaan tapi penyeksaan yang sangat berbaloi

Alhamdulillah, itulah ucapan yang bermain di bibir aku nie selepas mendapat khabar gembira apabila kotak email aku dicerobohi oleh Bahagian Biasiswa KPT. Bila ada kesusahan, di situ pasti ada kemudahan.. Pernah dengar tak pepatah nie? Inilah yang berlaku pada aku sekarang.. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah yang tidak terhingga..



So sekarang nie banyak kerja nak kena buat sebelum KPT betul-betul meluluskan permohonan aku dan sebelum aku berlapang dada tanpa perlu runsing memikirkan persoalan yuran yang sering mengganggu fikiran aku setiap kali bila hendak membuat pendaftaran ke semester seterusnya.

Alhamdulillah sekali lagi..

Setakat nie semua dokumen, dah siap aku print, ada di antara dokumen yang aku dah siap isi pun, calon saksi pun dah ada cuma nak tunggu orang yang terpilih turunkan tandatangan pada hari selasa depan, bila dah siap hal-hal yang berkaitan dengan mengisi, mencetak, aku perlu ke step seterusnya iaitu aku perlu matikan stem, buat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan doktor nie boleh buat sebelum dapatkan tanda tangan saksi, so kemungkinan besar aku akan buat pemeriksaan pada Isnin depan, bila dah siap semuanya kena check balik sebelum submit, kena make sure semuanya complete kalau tak nanti permohonan kita lambat pulak untuk diproses, kalau lambat diproses tu jangan la pulak marah yea hehehe jangan marah-marah.. okey, sesiapa yang takut ada yang tak complete atau tak confident macamana caranya untuk mengisi borang perjanjian, korang boleh rujuk dengan klik di PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PROGRAM PEMBIAYAAN MyMaster / MyPhD.. puas hati tak dengan panduan yang diberikan? senangkan..Tapi yang paling penting kena reply dalam masa 14 hari selepas daripada tarikh kelulusan diterima..

kepada kawan-kawan yang pernah membuat permohonan bagi pembiayaan di bawah Program MyBrain15 tapi tak pasti macamana hendak membuat semakan, tak perlu stress sangat sebab korang boleh ke SINI, setelah key in IC dan kata laluan korang dah boleh semak status korang tapi make sure korang kena daftar sebagai pengguna sistem dulu tau...kalau tak daftar sampai bila la pun tak boleh semak...apa pun tak boleh.

Ada juga kawan-kawan aku yang turut berjaya menerima sumbangan daripada KPT pada tarikh yang sama seperti aku iaitu pada 6 Jun 2012, Tahniah untuk korang...ehh ada juga yang berjaya lebih awal dari aku..Double Tahniah la babe...tapi ada juga yang masih perlu menunggu sementara permohonan dorang masih berada di dalam status 'Semakan'... takpelah, sabar sikit yea, ada rezeki nanti dapatlah tu, pastu bolehlah kita berkongsi kegembiraan bersama-sama ....lalalalalalala....

Ada juga yang tertanya-tanya sambil menggaru kepala dari tadi sebab tak paham apa yang aku dok merapu nie, jangan nak garu kepala sangatlah...ambek jari korang tu, klik kat MyBrain15, lepas klik tu sila baca dan fahamkan...pada sesapa yang tak paham tu jangan teragak-agak tanya yea, nak tanya aku pun boleh, nak tanya aku pun boleh hehehehe...

Okeylah, mata dah mintak cari bantal.. Alhamdulillah untuk kesekian kalinya..

Korang jaga diri, jaga kesihatan tapi yang paling penting silalah sayangi diri korang.

See you when i see you

Assalamualaikum

-Eynahmad-


Wednesday 6 June 2012

Pagi yang sangat Malas atau aku yang sebenarnya PEMALAS

Jam telah menunjukkan ke angka 8.15 pagi tapi aku masih di atas tilam ditemani laptop kecil aku nie. Pagi tadi terjaga jam 6 pagi ekoran terdengar jeritan si Shabby (dia memang selalu macam tu, kalau kat dalam cage asiklah bising jer), selepas tu terdengar hujan sangat lebat di luar diikuti dengan angin yang kuat...ermm patutlah Shabby bising kat luar tu. Tak lama lepas tu si Sue bangun, bukak cage dan benarkan Shabby dan Shimoon masuk ke dalam rumah...aku?? aku??.. aku terus capai remote astro dan tekan button ON...nie yang tak suka dengan Astro nie, bila hujan jer teruslah tak dapat tengok tv.. haiisshhh... sebelum aku buat dosa pagi-pagi buta nie dan sebelum mood aku yang baik nie spoil, terus aku masuk bilik air, ambil wudhuk dan terus mengadap Allah... selepas jer mengerjakan Subuh, terus ON astro semula...sempatlah tengok Ustaz Don kekasih aku tu sekejap... Tangan terus capai laptop ermmm tapi mood nak mengarang memang tak datang (padahal banyak entry yang pending untuk di 'publish'kan). Malas nak mengarang tapi takkan membaca pun malas kan...  so apa lagi, ada lah beberapa blog yang aku stalked siap tinggalkan komen lagi hikhikhik... TV yang aku dah setkan reminder terus tukar ke rancangan Tanyalah Ustaz, sambil-sambil stalk blog orang sambil tu jugak ilmu masuk ke dalam kepala aku nie Insyallah..

So now, apa lagi nak buat...Battery laptop nie pun dah menyala-nyala mintak di tambah nyawa...bb aku tu dah keluar bermacam-macam bunyi minta perhatian, tapi malas nak capai sebab dia jatuh nun hujung sana.. sambil menaip nie sambil dok memikir apa nak buat ari nie... ermm okeylah korang, nak mandi, cari breakfast, g buat keje yang banyak terbengkalai... kalau rajin, nak g nengok movie..kalau rajinlah...

Jaga diri...jaga kesihatan yang penting sayangi diri korang...

See you when i see you...

Assalamualaikum.

Tuesday 5 June 2012

WHAT TO EXPECT WHEN YOU'RE EXPECTING

Ada tak kawan-kawan yang pergi tengok movie nie?


Apa pandangan korang terhadap movie yang dilakonkan oleh beberapa barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Cameron Diaz, Jennifer Lopez, Anna Kendrick, Matthew Morrison, Chace Crawford, Elizabeth Banks dan diarahkan oleh Kirk Jones ?

Filem yang mengambil masa lebih kurang hampir dua jam ini diadaptasikan daripada sebuah buku panduan kehamilan yang telah terjual sebanyak 15 juta naskah yang berjudul 'What to Expect When You're Expecting' yang ditulis oleh Heidi Murkoff.

Lima pasangan yang ingin bergelar ibu bapa atau yang terpaksa menjadi ibu bapa menjadi fokus utama di dalam filem ini. Pengalaman kelima-lima pasangan ini mungkin boleh dijadikan pengajaran atau panduan kepada pasangan-pasangan lain yang telah bersedia untuk memulakn kehidupan bekeluarga. Bukan mudah tau untuk bergelar ibu bapa nie (walaupun  aku masih single lagi, komen based on this movie).

Pasangan pertama yang terdiri daripada Jurulatih Kecergasan iaitu Jules dan pasanganya Evan menyedari bahawa agak sukar untuk mereka yang bergelar selebriti untuk membesarkan anak.

Pasangan yang kedua pula ialah seorang penulis buku,Wendy yang berdepan masalah hormon, sekali gus menjadikannya berasa sangat tidak selesa dengan kehamilan pertamanya.. Suaminya pula, Gary berusaha untuk tidak terus dibayangi bapanya (pasangan ketiga di dalam filem ini) iaitu seorang pelumba kereta terkenal yang juga sedang menanti kelahiran bayi kembar hasil perkahwinan dengan wanita muda.

Beralih pula ke pasangan keempat iaitu Alex yang masih merasa sangsi apabila isterinya Holly, seorang jurugambar bercadang untuk mengambil seorang anak angkat daripada Ethiopia selepas mendapati bahawa dirinya sukar untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas pelbagai usaha dijalankan.

Sementara itu,  pasangan yang terakhir iaitu Rosie dan Marco, berada di dalam dilema terhadap perbuatan mereka sendiri apabila si gadis hamil tanpa dirancang.

Bagaimanakah kesudahan mereka?
Berjayakah mereka mengharungi pahit getir untuk bergelar ibu bapa?

Filem ini menarik minat penonton dengan jenaka bersahaja mereka, bukan itu sahaja penonton juga dapat berkongsi pengalaman mereka sebelum dan selepas mereka menerima zuriat pertama mereka tetapi persoalannya, adakah kelima-lima pasangan berjaya mendapat zuriat?.

Jawapannya, korang kenalah singgah mana-mana pawangam yang berhampiran untuk berkongsi saat suka dan duka mereka... Oppsss, ada pawangan yang telah tamat tayangan?? alamak... aku terlambat post yea.. sorry..sorry...mungkin kepada yang berminat untuk mengetahui kisah mereka ini boleh mendapatkan CD atau DVD di pasaran.  

Untuk aku, Filem ini biasa-biasa jer, belum cukup kuat lagi untuk menarik minat aku untuk menontonya sekali lagi... Skala 1-10, aku mampu memberi 6 sahaja...Walaubagaimanapun, ada babak-babak yang menyentuh perasaan aku dan tak ketinggalan juga membuatkan aku tergelak tebahak-bahak di panggung...Selamat Menonton..

Jaga diri, jaga kesihatan dan yang paling penting silalah sayangi diri korang.

See you when i see you.

Assalamualaikum

-Eynahmad-  

Monday 4 June 2012

Parasit

Assalamualaikum..

Tajuk kat atas agak tak berapa best tapi apa yang bestnya ialah, aku nak share dengan korang lagu penyanyi kecil dari seberang Gita Gutawa yang bertajuk seperti di atas.. Lagu nie telah menangkap pendengaran halwa telinga aku beberapa hari yang lepas, hari nie baru la sempat nak layan lagu nie..Apa yang menariknya lagu nie ialah ada beberapa baris ayat di dalam lagu ini yang sangat bermakna kepada aku sekarang tapi janganlah korang salah faham..bukan semua tau..beberapa baris jer. Kalau sesiapa yang belum dengar lagu nie boleh dengar kat sini. Suara dia yang cute-cute gitu memang agak menarik minat aku untuk mendengar lagu nie berulang-ulang kali.

Lirik pun aku sertakan sekali, so korang boleh layan lagu yang agak 'catchy' nie...Jom layan

 

petir membangunkanku, dari mimpi burukku
selama ini ku hanya terperangkap dalam medan magnetmu
baru kusadari,  kau seperti parasit
minta ini itu, kau minta padaku dengan semaumu

cukup sudah ku kini mulai gerah
ku perlu oksigen, untuk aku bernafas
tanpamu

 pergi kau ke ujung dunia, dehidrasi di gurun sahara
hilang di segitiga bermuda, pergi kau ke luar angkasa
hipotermia di kutub utara,  hilang di samudra antartika
dan jangan kembali

parasit parasit parasit, kau memang parasit
parasit parasit parasit parasit

mulanya malu-malu, lalu jadi benalu
minta ini itu, kau minta padaku dengan semaumu
cukup sudah
ku mulai naik darah
ku seperti bom atom
yang siap meledak karenamu

parasit parasit parasit,  kau memang parasit
minta dibayarin,  minta ditraktirin,  minta dianggarin
minta dijemputin,  minta ditelponin,  minta di sms-in
minta dibeliin,  dasar kau parasit

Aku tinggalkan korang dengan lagu nie yea, seba aku nak layan lagu nie lagi dan lagi...
Jaga diri, jaga kesihatan yang paling penting sila sayangi diri korang... bye..Assalamualaikum...

See you when i see you.

-Eynahmad-

HOORE! HOORE! yang sangat best.



Cintamu sehebat laut yang luas
Sesegar ombak yang memutih
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara cinta setia


Assalamualaikum..

Masih tergiang-ngiang lagu nie di kepala aku..sebenarnya nak kongsi dengan korang tentang kehebatan filem Hoore Hoore (sebuah filem muzikal) yang dilakonkan oleh gabungan pelakon baru dan pelakon lama seperti Akim, Nurfarah Nazirah, Kilafairy, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronozam Noor, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Nawi dan ramai lagi pelakon-pelakon lain.
Filem ini dimulakan dengan Iman ( Lakonan Nurfarah Nazirah) yang sedang khayal bermimpi menyanyi bersama Johari (Lakonan Akim) di tepi pantai, cuba teka lagu apa yang mereka nyanyikan..dah kalau mimpi bernyanyi-nyanyi di tepi pantai sure korang dah dapat agak lagu apa yang dorang nyanikan kan..

Diantara babak terawal filem ini

Okey, filem yang mengambil masa lebih kurang satu setengah jam ini mengisahkan tentang seorang gadis yang agak debab, lurus bendul tetapi sangat baik hati iaitu Nurul Aiman yang bercita-cita untuk menyertai pertandingan Ratu Idola 2012 yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan. Iman tinggal besama mak, ayah serta neneknya dan mereka hidup seperti keluaga normal yang lain. Iman mempunyai dua orang sahabat yang sangat rapat dengannya iaitu Lana dan Azadan, bukan sekadar sahabat tetapi Iman turut mempunyai musuh ketat iaitu Rita lakonan Kilafairy. Mereka semua bersekolah di sekolah yang sama, dalam diam-diam rupanya si Johari meminati Iman. Ehh betul ke pilihan si Johari nie, ketua pengawas dan budak paling top dekat sekolah meminati si Iman yang debab tu??. Dahlah Johari nie mempunyai ramai peminat termasuklah si Rita dan Lana.

Kalau dah ada seorang gadis yang lurus bendul tapi takde dugaan dan cabaran pada dia, tak best la kan. Di dalam filem nie bermacam-macam dugaan yang Iman lalui, ada pahit, manis, sayu dan aku boleh katakan perasaan aku memang bercampur baur sepanjang menonton filem nie, dan ada part yang aku memang menangis pun. Dugaan bermula apabila Iman bercadang untuk menyertai pertandingan Ratu Idola, kalau sebut pasal ratu, sure dalam kepala kita nie terbayangkan seorang perempuan yang slim, cantik, menarik dan gebu..so korang rasa dapat ke Iman si gadis yang debab memasuki pertandingan ini? ada yang jawab dapat ada yang jawab tak kan, kalau ada yang jawab dapat tu, korang rasa dia dapat ke sampai ke pusingan akhir?. Kalau nak tau korang memang kena pegi tengok filem nie barulah korang tau macamane seorang yang sangat merendah diri sebelum nie keluar dari kepompong hidupnya, bagaimana seorang ibu yang sangat keras hati dan membantah keputusan Iman dapat berubah fikiran, bagaimana seorang nenek memberikan cucunya semangat,  malah menjadi orang yang paling kuat untuk menjayakan impian Iman tu dan bagaimana semangat Johari yang tak pernah putus menyokong Iman dari belakang walaupun mendapat tentangan kuat daripada bapanya.  

Ini merupakan babak terakhir


Selain daripada jalan cerita yang sangat menarik dan aku memang rasa nak pergi tengok sekali lagi, cerita ini bertambah menarik dengan padanan lagu-lagu Arwahyarham Sudirman yang sangat popular di tanah air kita. Bagi aku filem nie memang sangat sangat sesuai ditontoni oleh semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak hinggalah ke golongan dewasa cuma aku agak sedikit terkilan kerana sewaktu aku menonton filem nie cuma ada tak sampai 30 orang penonton dalam panggung tu. So kepada peminat-peminat filem melayu, korang memang wajib tonton filem ini, kepada yang agak kurang gemar menonton filem imelayu..aku rasa korang patut cuba menonton filem nie, memang tak rugi pun, banyak mesej yang mereka hendak sampaikan selain daripada lakonan mereka yang sangat hebat. So jangan teragak-agak untuk menonton filem ini yea...Bye..

Jaga diri, Jaga kesihatan dan yang paling penting sayangi diri anda..

See you when i see you..

Assalamualaikum

-Eynahmad-

 






   


 





Saturday 2 June 2012

Movieku, Hariku...

Jam di tanganku menunjukkan ke angka 5.55pm dan ini bermakna aku mempunyai sejam lagi masa terluang sementara menantikan movie ku seterusnya..Nak tau movie apa yang aku layan sepanjang hari Sabtu nie, dan apa komen aku terhadap semua movie yang aku tonton arini?.. Sila tanamkan sedikit kesabaran, teruskan membaca entry aku seterusnya..

Lupa pulak, aku sebenarnya berada di The Mines, sementara menantikan waktu tayangan movie yg aku dah beli tiket.. Aku berhenti minum petang sambil2 cuci mata tengok orang2 yang lalu lalang di sini, so apa yang you all buat di hari cuti nie? Lets share.. Okey.. Aku nak menikmati minum petangku...ini adalah menuku..



Jemput makan & minum semua.. okeylah...bye..

Jaga diri, jaga kesihatan..
Assalamualaikum..
See you when i see you..
-Eynahmad-

Friday 1 June 2012

Selamat Datang June

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Dah lama tak singgah dekat sini, dah berkarat kot blog aku nie hehe..

Bila cecah jer bulan June, genap la sebulan aku 'jobless'. Apa perasaan tak keje? ada yang tanya macamtu.. meh sini aku nak jawab..aku rasa sangat 'heaven' tak payah nak g keje, gosok baju opis, kelam kabut nak kejar masa especially kat jalan raya yang selalunya penuh dengan kereta tu..tak perlu nak pikir apa nak kena buat bila sampai dekat opis... sesungguhnya memang sangat heaven ngeh..ngeh..ngeh..(gelak shyaitan)..

Tapi jauh dalam hati aku nie, rasa macam sesuatu yang tak cukup..macam kalau masak tak letak kiub ayam gitu...aku memang kena kejar kerjaya yang aku impikan selama nie.. aku teringin sangat nak jadi lecturer dan dalam masa yang sama nak berjaya di dalam bidang perniagaan...hah, tamak tak aku...tapi itu la yang aku nak sangat..cuma aku rasa 'i should press pause button for a while'...ukur baju di badan sendiri, aku rasa aku sangat tak mampu nak berkerja dan dalam masa yang sama buat MBA aku yang sangat la hectic and fatigue tu.

Tapi semalam masa berbual dengan ayah dalam telefon, ayah tanya " kalau tak keje macamana nak makan, nak bayar hutang2 semua"..don't worry ayah, pandai la anakmu ini mencari jalan hehehe...cuma ada satu statement yang ayah katakan semalam yang masih tersimpan dalam kepala aku nie..bila aku cakap dekat ayah yang aku tak mampu nak cope, ayah jawab dengan selamba jer " Hati tak cukup cekal la tu, cekal separuh jer.. mestilah kena kuatkan hati, baru boleh".. 100% betul tu ayahku.. memang kena kuatkan hati, cekal tu adalah benda wajib pada ketika ini...So ada beberapa plan kat dalam kepala aku nie untuk mengatasi masalah and improve my life...Semua plan tu aku akan kongsi dengan you all pada entry yang akan datang...

Okey, nak stop kat sini dah...jumpa lagi nanti...jaga diri jaga kesihatan..yang paling penting, silalah sayangi diri anda..

See you when i see you..

Assalamualaikum..

-Eynahmad-