Friday 2 September 2011

Lunch di Aidilfitri ke 4

Hari nie aku dah kena kerja (boring jer), sampai jer opis pagi tadi memang dah agak kedai berhampiran kedai sure tutup so memang takde pilihan, kena gak la keluar time lunch... Dalam dok pikir-pikir kedai mana yang aku nak g at last aku decide untuk pergi ke sini

dan menu pilihan ialah Bihun Tomyam (sangat masam, tapi aku suka) beserta air kegemaranku Nescafe Ais..


 Serta kedai pilihan adalah di kedai ini...


kepada kawan-kawan yang membaca entry ini, janganla boring yea kerana entry ini adalah percubaan saya untuk meng'upload' picture (maklumla saya budak baru belajar)...banyak lagi yang nak kena explorer nie, malu jer dengan Giah & Kiah (sumber inspirasiku)...so kalau ada mana-mana skill yang perlu saya tau, sila la update dengan kadar segera yea...

Okeyla, sekarang dah masanya untuk saya mengemas barang-barang dan pulang kerumah...plan petang nie nak goreng cempedak... 

See u when i see u...Assalamualaikum


Hari Pertama berada di dunia baru

2 September 2011 bersamaan 4 Syawal 1432H, hari Jumaat merupakan hari pertamaku bergelar seorang blogger... Memang sangat celaru untuk jadi blogger nie sebenarnya tambahan pulak bila nak create akaun ini...barulah aku tau yang aku nie agak Buta IT...rugi jer bayar MARA g belajar Diploma in Computer Science (Information Technology) dulu kalau setakat nak create blog pun tak lepas..

walaubagaimanapun aku meneruskan juga niat aku untuk menjadi seorang bloger selepas diinspirasikan oleh dua sabahatku Giah dan Kiah (sebenarnya aku bengang bila x boleh post comment dekat blog dorang, terus aku amek keputusan untuk create satu blog) walaupun prosesnya membuatkan aku agak sengal..

So inilah dunia baruku..