Monday 3 June 2013

Perpisahan diantara aku dan mereka...

Hati aku sayu lagi..
Rupanya ia memberi impak yang besar kepada diri ini ... Betapa sakit perasaan ini tak mampu aku gambarkan dan aku yakin, mereka juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku... 20 bulan kami bersama, mengharungi kepahitan dan kemanisan menghadapi hari- hari yang membosankan di dalam kelas, pun begitu ianya tetap mengembirakan aku selama bersama mereka. Menghadapi hari-hari peperiksaan dan pembentangan yang sangat mengecutkan.. dan akhirnya telah tiba ke penamatnya sebuah cerita..

Aku memang sangat terkesan dengan perpisahan ini, mungkin mereka juga.. cuma mungkin ada sedikit perbezaan diantara kami.. kerana matlamat kami tidak sama dan percaturan hidup kami juga pastinya berbeza..

Kenapa sayu sangat hati nie??

No comments:

Post a Comment