Tuesday 13 December 2011

Cemana nak post blog ke FB??

Dari tadi kata nak mandi tapi sampai sekarang tak mandi-mandi...hampir sejam dah aku terpaksa postpone niat aku nak mewangikan diri nie sebab dari tadi aku dok cari setting cemana nak post blog aku nie ke FB, so sesiapa yang baca post aku kali nie, sila la beri tunjuk ajar yea (aku nie memang sengal bab-bab nie, kalau tak percaya sila la baca entryku yang pertama dulu)...

Nie ada gak yang selagi tak jumpa selagi tu tak mandi...ishh..ishh...tak boleh..tak boleh...banyak benda nak kena buat lagi lepas nie, mana nak siapkan assignment yang melambak dan sangat mencabar tu dengan report kerja yang ada sikit lagi nak kena siapkan...dengan mata yang dah mengantuk nie, dengan Isyak yang belum sudah lagi... wohwohwoh...banyak sangat kerja yang nak kena siapkan malam nie jugak...Ada sesiapa nak tolong tak hehehe

So, dengan hati yang berat, aku nak lupakan pasal setting yang aku tak jumpa cari tu...sekarang jugak aku nak bangun dari kerusi nie, capai towel n mandi...

Assalamualaikum...see u when i see u...

No comments:

Post a Comment