Tuesday 13 December 2011

Sahabat dan Hati Yang Kecik

Dah lama sangat perkara nie bersarang dalam fikiran aku, puas aku mix & match kan perkara yang berlaku dengan keadaan semasa tapi sampai arini masih tak jumpa juga puncanya..so mulai dari sekarang aku telah buat keputusan bahawa aku akan biarkan aje perkara nie berlalu tanpa jawapan...mungkin betul jugakla, adakalanya lebih baik kita tak tau daripada tau kan....dan aku pasti inilah yang terbaik...Ya Allah, berilah aku petunjuk supaya aku tidak terus melakukan kesalahan.

Assalamualaikum...hah, baru teringat nak bagi salam...dahlah dah lama tak meng'update' blog sendiri, tetiba jer terus terjah hehehe...Di harap sesiapa yang singgah dan membaca blogku ini berada di dalam keadaan sihat.

Berbalik kepada tajuk utama, mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang aku cuba maksudkan...Sebagai manusia biasa, aku memang sedar yang aku tidak sempurna, pasti ada kekurangan pada diri aku nie samada kekurangan yang aku sedar dan sedang berusaha keras untuk berubah atau kekurangan yang aku langsung tak sedar (nie yang susah)... Jadi sekiranya kekurangan yang ada pada diri aku nie membuatkan korang terasa hati atau menyampah dengan aku, silalah tegur yea sebab---> kalau korang tak tegur macamana aku nak tau mana yang kurangkan...jangan teragak-agak untuk tegur sebab ---> orang yang sayangkan aku dan care terhadap aku sure akan tegur (aku pun sayang korang)...Sesiapa jer pun susah nak terima teguran pada awalnya, pahit kot kalau dengar teguran nie tapi lambat laun pasti aku akan terfikir jugak " Mestilah ada sebab dia tegur aku, takkanlah dia suka-suka jer nak tegur atau 'kondem' aku"... nie fikiran akulah, tak tau la orang lain.

Tapi seandainya aku ada buat salah, korang tak tegur dan aku terus lakukan kesalahan yang sama berulang kali dan terus menyakitkan hati korang...ermmm...bila dah sampai part nie nak salahkan sape sebenarnya ???? paling WORST, bila korang tak tegur tapi terus mengHUKUM...hurrmmm, bila sampai part nie pulak aku rasa macam unfair pulak...ermm cemana ekk???

So story learned, aku harap aku tak sakitkan hati sesiapa, kalau ada...mungkin selama nie aku tak sedar so aku minta maaf sangat-sangat (kalau korang sudi maafkan la) dan aku sangat mengingatkan diri aku sendiri agar aku tak mengHUKUM sesiapa yang tak tahu langsung kesalahan dia....sakitnya hati, tuhan jer la yang tahu...

Okey-okey dah, aku nak mandi pastu buat assignment...sambung lagi nanti yea...

Assalamualaikum...see u when i see u =)

2 comments: