Thursday 15 December 2011

Wanita dan Kenderaan ( Part 1)

Assalamualaikum...sebenarnya banyak sangat yang aku nak ceritakan tapi memandangkan masa tidak mengizikan sebab sekarang dah pukul 12.15 tengah malam dan mata aku yang sangat dah mengantuk...so aku akan ceritakan apa yang terjadi pada aku siang tadi sehingga menyebabkan aku terpaksa mengambil 'Emergency Leave' (tak pasal-pasal)

Sebelum aku jump to the main point, meh aku nak tanya sikit, berapa ramai wanita-wanita kat luar sana yang mahir atau sekiranya kenderaan mereka mengalami masalah, dorang boleh settle sendiri tanpa meminta bantuan kaum adam??? Aku?? ermm...tak payah tanyalah..knowledge aku terhadap kenderaan nie bukan setakat zero kot tapi dah negatif...okey-okey, taknak drag panjang...terus ke cerita utama..

Pagi tadi aku keluar rumah macam biasalah dalam around 7.40 pagi untuk ke tempat kerja, memandangkan arini aku tak breakfast kat rumah ( almost everyday aku breakfast kat umah), so aku singgah dekat Petronas kat Highway kajang untuk singgah membeli roti dan susu yogurt, lepas jer beli terus ke kereta...tekan-tekan remote kereta tu tak boleh buka gak...aku terus menekan sambil mengetuk-ngetuk remote tu (kononya kalau ketuk tu boleh settle la masalah tak dapat bukak pintu kereta) tak jugak boleh bukak, aku amek kunci kereta terus pulas kat ruangan kunci kat bahagian pintu pemandu, apa lagi...lepas jer bukak pintu...menjerit-jerit kereta aku..aku terus panic, tak tau nak buat apa terus call si Sue, dengan keadaan kereta aku yang menjerit tu, aku secara otomatiknya pun cakap menjerit-jerit gak (like car like owner hehe)...si Sue pun sama pun turut gak menjerit-jerit...dah macam orang tengah bergaduh...but we got no offense, dah biasa...adalah beberapa kali aku call dia, dia call aku, aku call dia, dia call aku tetap gak tak jumpa reset button yang dia suruh aku cari...apalagi dia naik angin la " Suruh cari button tu pun tak jumpa" aku pun apa lagi sepantas kilat menjawab "kalau aku dah jumpa button tu, buat apa aku nak call ko lagi" terus aku letak telefon...mulut dok membebel dalam kereta, tangan tak henti-henti raba sana raba sini...pastu aku nampak ada sorang mamat nie nak masuk kereta ( kereta dia parking sebelah kereta aku jer), puas dia godek sana, godek sini tak jumpa gak..."Takpelah bang, terima kasih yea..saya cuba tanya staff Petronas jap"...lepas tu apa jadi??? jeng...jeng...jeng...tunggu Part 2 ok..

See u when i see u...Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment