Thursday 15 December 2011

Wanita dan Kenderaan ( Part 2)

Masuk jer dalam Petronas terus pergi tanya pada staff lelaki ( dalam hati berkata-kata, "tak nak la tanya dekat staff perempuan, ntah-ntah dorang pun sengal macam aku gak), jahat tak aku hehehe...rupanya bila tanya dekat staff lelaki tu, dia pun tak tau...ermm sama jer rupanya..."Sorry kak, saya tak taula. Cuba akak tanya abang tu". Mamat nie suruh aku tanya kat staff yang handle kaunter Touch & Go. " Bang, saya rasa remote kereta saya nie dah habis bateri, sekarang nie saya dah cuba buka manual, tadi alarm kereta tu berbunyi tapi sekarang dah berhenti la cuma enjin tak boleh start", panjang lebar aku terangkan dekat abang tu..

Dia pun terus pergi dekat kereta aku, sama macam mamat yang aku tanya tadi, dia godek sana godek sini still gak tak jumpa button yang dicari.."erm tak pe la bang, saya cuba call kawan saya, terima kasih yea"

Angkat je BB, terus call si Sue..."Aku dah suruh orang tengokkan kereta aku, dorang pun tak jumpa button tu".."iissshhh kau nie, tunggulah situ, japlagi aku datang" terus si gemuk tu letak telefon...dia nie tak percaya pulak aku cakap....memangla aku tak pandai sangat bab-bab kereta nie tapi takdelah sampai sengal sangat kot (cakap dalam hati jer la, kang kalau cakap kuat-kuat takut orang kata aku gila pulak...Apa yang jadi bila Sue datang, hehe tunggu part 3 ok..

See u when i see u...Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment