Tuesday 8 January 2013

Kenangan..tinggallah Kenangan..

Aku akan share beberapa keping gambar aku kat sini tapi aku harap korang jangan salah paham..iyea..dulu aku free hair dan gambar yang aku nak share nie pun sewaktu aku masih belum berhijab lagi...Well, manusia berubah kan..aku juga berubah dan sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan diri..
Itu bukan tajuk utama yang aku nak sampaikan, apa yang sedang bersarang di dalam kepala aku sekarang nie ialah kenangan manis yang tak mungkin akan berulang kembali..seperti yang aku cakap..TAKKAN.. sebab?? Sebabnya aku tak mampu nak share di sini, biarlah hanya kami-kami sahaja yang tahu apa puncanya..

Kenapa aku boleh terkenangkan kenangan nie?? Sebab dua minggu sahaja lagi aku akan bercuti semester..dua minggu jer pun cutinya..untuk yang tak tau lagi tu, aku masih menyambung pengajian aku di UKM, tengah buat MBA sekarang nie...so sekarang nie di semester 4...tinggal satu sem jer lagi....hureeyyyy....boleh lambung topi lepas tu...

Okey...okey..melencong pulak...ermm... sebelum  nie bila terjadinya cuti semester, mereka inilah diantara orang yang terawal akan mem’booking’ aku untuk menjalankan aktiviti santai..ke sana ke sini..gelak kuat-kuat...makan banyak-banyak...jalan puas-puas..sembang sampai lebam...aku kutuk kau, kau kutuk aku..dan gambar yang aku share nie pun diambil sewaktu cuti semester berlaku.. tapi...percutian semester aku tidak akan ada mereka lagi selepas ini..sedih kan bunyinya..serious sedih babe.. tapi apa boleh buat.. apa yang berlaku adalah yang terbaik..bagi aku memang sangat terbaik untuk mereka, wakaupun aku sedih terhadap perubahan ini tetapi demi Allah, aku bersyukur kerana adanya jalan yang baik untuk mereka dan aku tau mereka juga tau yang sesungguhnya aku sangat mendoakan mereka.


Semua kenangan bersama mereka masih mekar di dalam ingatan, walaupun ada pahitnya tetapi semua kemanisan telah berjaya ‘kawtim’ segala kepahitan... dan aku masih mampu tersenyum.

See you when i see you
Eynahmad

 



No comments:

Post a Comment